fbpx

Tayar anda kerap pancit? Teruskan baca untuk kenal pasti sebabnya.

 

Ramai tak sedar bahawa kadar tekanan angin tayar memainkan peranan penting untuk pemanduan yang selesa. Ia juga penting untuk keselamatan anda terutamanya semasa perjalanan yang jauh. Tekanan tayar yang salah akan menyebabkan tayar anda rosak pada kadar yang lebih cepat dan ini boleh meningkatkan kos untuk membaiki atau mengganti tayar. 

 

Dengan alat pengepam angin tayar yang disediakan di mana-mana stesen minyak, ia adalah mudah untuk pemandu memastikan angin tayar sentiasa mencukupi. Namun, ramai pemandu lebih suka untuk memeriksa tekanan tayar secara zahir ataupun dengan menekan tayar mengunakan kaki untuk merasa sama ada tekanan angin mencukupi. Cara dan kaedah ini adalah tidak betul dan boleh membahayakan diri anda atau mengakibatkan kemalangan jika tayar anda tiba-tiba pancit sewaktu perjalanan anda.

 

Oleh itu, ROGER nasihatkan anda supaya sentiasa berwaspada dan prihatin terhadap keadaan tayar anda. Berikut adalah beberapa aspek yang diketahui supaya anda boleh memanjangkan hayat tayar anda.

 

 

  1. Jangka Hayat Tayar

 

Tayar yang mempunyai tekanan angin yang betul lebih cenderung untuk tahan lama daripada tayar yang mempunyai tekanan angin yang rendah. Mengikut kajian, tayar yang kurang dari 34 KPA (kilopascal) dapat mengurangkan jangka hayat tayar dalam sekitar 25%. Manakala, tayar yang tidak kerap diperiksa boleh kehilangan dalam sekitar 7 hingga 14 setiap bulan. 

 

  1.  Keselesaan Ketika Memandu

 

Pernahkah anda berasa kurang selesa atau kereta anda berasa kurang stabil sewaktu memandu? Ini mungkin kerana tayar kereta anda tidak mempunyai tekanan angin yang betul. Tekanan angin tayar juga mempengaruhi brek kereta dan juga kestabilan kereta ketika memandu. Ia juga boleh mengelakkan daripada kedudukan tayar anda lari daripada posisi asal yang sepatutnya. 

 

 

  1. Faktor Penjimatan

 

Tahukah anda, dengan tekanan angin tayar yang betul, anda juga boleh berjimat dari segi petrol kenderaan anda? Ini kerana, kecekapan bahan api akan terjejas dan kurang sebanyak 1% untuk setiap 21 KPA jika tekanan tayar adalah di bawah tahap yang disyorkan. Jika jangka hayat tayar anda bertahan lebih lama, anda tidak perlu terlalu kerap menukarnya.

 

Bagaimana boleh saya tahu yang nilai tekanan angin tayar saya betul?

 

Setiap kereta mempunyai berat yang berbeza dan ini mempengaruhi kadar tekanan angin tayar yang diperlukan. Namun, pada zaman kini, setiap kereta mempunyai petunjuk carta KPA yang ditampal di bahagian bawah pintu pemandu. Malah, sesetengah kereta juga dilengkapi dengan sistem pemantauan tekanan tayar untuk kemudahan pemandu. 

 

 

 

Anda juga perlu pastikan tekanan angin tayar anda tidak terlalu rendah ataupun terlalu tinggi. Untuk tekanan angin tayar yang rendah, ini boleh menyebabkan tayar anda lebih melentur ketika kereta anda melalui sebarang jalan berliku atau ketika kenderaan tidak bergerak. Tayar yang mempunyai tekanan angin yang rendah juga mempunyai tindak balas yang lebih perlahan berbanding dengan tayar yang mempunyai tekanan angin tayar yang tepat.    

 

Manakala, untuk tekanan angin tayar yang terlalu tinggi, ini akan menyebabkan bentuk tayar kenderaan berubah kerana tekanan udara yang berlebihan. Selain itu, tayar juga menjadi lebih mudah untuk mengalami kerosakan kerana tekstur tayar yang sudah keras. Ini amat bahaya terutamanya jika anda melalui jalan berlubang kerana tayar anda mempunyai kebarangkalian untuk meletup.   

 

Kami sarankan untuk anda memeriksa tekanan angin tayar dalam sebulan sekali untuk memastikan angin tayar dalam keadaan baik dan memberi ketenangan bahawa tayar sedang berfungsi dengan baik ketika anda memandu. Tetapi, jika anda merancang untuk perjalanan yang jauh, pastikan anda memeriksa tekanan angin tayar dan juga enjin kereta anda sebelum memulakan perjalanan. Kami di ROGER mengingatkan semua supaya jangan mengabaikan tips untuk menjaga keadaan tayar dan selalu mengutamakan keselamatan anda.

 

Jika anda tidak pasti tentang tekanan angin tayar ataupun mempunyai masalah ketika di jalan raya, anda tidak perlu risau! Hanya WhatsApp ROGER di 017- 772 2688 dan kami sedia membantu