fbpx

Terlibat dalam kemalangan jalan raya? Ini yang perlu anda lakukan.

Ramai antara kita mungkin tak pernah mengalami kemalangan jalan raya. Ia adalah sesuatu yang kita cuba elakkan. Namun malang tidak berbau, biarpun kita memandu dengan berhemah di atas jalan raya. Artikel ini akan cuba membantu anda untuk mengetahui langkah yang perlu diambil sekiranya anda terlibat dalam kemalangan jalan raya.

 

1. Bertenang dan alihkan kenderaan anda

 

Sebaik sahaja kemalangan berlaku, anda pasti akan terkejut. Anda akan cuba untuk memahami apa yang telah berlaku. Cuba tenangkan diri dan pasangkan lampu kecemasan untuk maklumkan kepada pengguna jalan raya sekeliling anda bahawa kenderaan anda tak boleh bergerak. Jika anda tidak berseorangan, pastikan penumpang-penumpang anda juga dalam keadaan yang tenang dan tiada kecederaan.

Setelah itu, cuba alihkan kenderaan anda ke bahu jalan supaya tak menyebabkan kesesakan lalu lintas. ia juga untuk mengelakkan sebarang kemalangan dengan kenderaan lain yang tidak sedarkan kemalangan anda.

Berikan isyarat tangan kepada pemandu lain yang terlibat dengan kemalangan itu untuk ke bahu jalan atau tempat lebih selamat untuk membuat perbincangan lanjut.

 

2. Periksa keadaan kenderaan anda

 

Setelah anda alihkan kereta anda, pastikan persekitaran anda selamat sebelum keluar dari kereta anda. Anda juga patut menghubungi keluarga atau kawan-kawan untuk ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan sekiranya anda tidak selesa berseorangan.

Periksa keadaan keseluruhan kenderaan anda dan ambil gambar sebagai bukti. Jika anda mengalami sebarang kecederaan, ambil juga gambar kecederaan anda. Selepas itu, catatkan nama, nombor telefon, alamat, nombor lesen pemandu, nombor plat kenderaan dan maklumat insurans pemandu lain yang terlibat dalam kemalangan itu.

Cuba sebaik mungkin untuk tenang dan  ramah dalam bekerjasama dengan pemandu lain yang terlibat agar tak berlaku sebarang perbalahan atau salah faham yang tidak diinginkan.

 

3. Cari kata sepakat yang dipersetujui kedua-dua pihak

 

Ada yang lebih selesa untuk mencari kata sepakat dan tak membuat laporan polis. Lazimnya ini berlaku dalam kemalangan-kemalangan kecil dan ringan. Namun, jika anda atau pihak yang lain ingin memfailkan tuntutan insurans, anda akan memerlukan laporan polis dalam insurans tuntutan anda.

Pihak insurans bagi semua pihak yang terlibat dalam kemalangan itu kemudiannya akan menasihatkan pihak mana yang bertanggungjawab dalam kemalangan tersebut dan perlu menangung perbelajaan untuk membaiki segala kerosakan akibat kemalangan ini.

 

 

Kami sedar yang adakalanya punca kemalangan bukan disebabkan pemandu lain. Adakala kita sendiri adalah puncanya. Contohnya, tayar yang pancit ataupun bateri kereta yang mati secara tiba-tiba. Adalah penting untuk kita pastikan yang kenderaan kita berada dalam keadaan baik dan tidak berbahaya sebelum memandu..

 

Jika anda perlukan bantuan untuk tayar pancit, bateri mati mahupun jika kekurangan petrol untuk kenderaan, hubungilah ROGER. Aplikasi ROGER boleh dimuat turun melalui App Store atau Google Play secara percuma. Untuk mereka yang menggunakan aplikasi ini buat kali pertama, anda akan menerima kod promo bernilai RM20 yang boleh digunakan sebagai diskaun. Pastikan anda mempunyai aplikasi ini sekarang untuk sebarang keperluan berkaitan dengan kenderaan pada masa hadapan.

 

Apa-apa sahaja tentang kereta, ROGER.

Leave a Comment